Renault dalam Formula Satu

Koordinat: 51°55′12″N 1°23′25″W / 51.92000°N 1.39028°W / 51.92000; -1.39028

Perancis Renault
Renault
Renault
PangkalanViry-Châtillon, Paris, Perancis (1977–1985)
Enstone, Oxfordshire, England, UK (2002–2011, 2016–2020)
Kakitangan terbaikBob Bell
Éric Boullier
Alan Permane
Flavio Briatore
Mike Gascoyne
Jean Sage
Pat Symonds
Dino Toso
Rob White
Pemandu terbaikPerancis René Arnoux
Perancis Alain Prost
Itali Giancarlo Fisichella
Sepanyol Fernando Alonso
Nama sebelumnyaBenetton Formula
(1986–2001)
Lotus F1 Team
(2012–2015)
Nama seterusnyaAlpine F1 Team
Kerjaya Kejuaraan Dunia Formula Satu
Perlumbaan pertamaGrand Prix British 1977
Perlumbaan304
Kejuaraan
Pengeluar
2 (2005 dan 2006)
Kejuaraan
Pemandu
2 (2005 dan 2006)
Kemenangan perlumbaan35
Petak pertama51
Pusingan terpantas31
Perlumbaan terakhirGrand Prix Brazil 2011

Renault melibatkan diri dengan Formula Satu sejak tahun 1977. Pada tahun 1977, Renault menyertai Formula Satu sebagai sebuah pengeluar dengan memperkenalkan enjin turbo kepada Formula Satu dalam kereta pertama mereka, Renault RS01. Walaupun Renault memenangi perlumbaan dan bersaing untuk gelaran dunia, Renault menarik diri pada akhir tahun 1985. Renault meneruskan penglibatan mereka sebagai pembekal enjin kepada pasukan lain, yang telah mula melakukan demikian sejak tahun 1983, sehingga tahun 1986, dan sekali lagi dari 1989 hingga 1997.

Renault kembali ke Formula Satu pada tahun 2000 apabila mereka memperoleh Benetton Formula, yang bertapak di Enstone (dahulunya Toleman Motorsport), sebuah pasukan yang telah memenangi kejuaraan pemandu pada tahun 1994 dan kedua-dua kejuaraan pemandu dan pengeluar pada tahun 1995. Dalam dua musim pertama di bawah Renault, pasukan ini terus dipanggil sebagai "Benetton Formula" dan menggunakan "Benetton" sebagai nama pengeluar mereka. Pada tahun 2002 Renault dinamakan semula pasukan sebagai "Renault F1 Team" dan mula menggunakan "Renault" sebagai nama pengeluar mereka. Dengan ini, Renault berjaya memenangi kejuaraan pemandu dan pengeluar pada tahun 2005 dan 2006.

Pada akhir tahun 2009, syarikat kereta Renault menjual pegangan sebanyak 75% kepada Genii Capital.[1] Pada akhir tahun 2010, Renault menjual saham selebihnya kepada Genii, yang kemudiannya membuat keputusan untuk berurusan dengan Group Lotus.

Bagi musim 2011, pasukan ini bersaing sebagai Lotus Renault GP,[2] dan tahun 2011 merupakan tahun terakhir nama "Renault" digunakan sebagai nama pengeluar dalam Formula Satu.

Berikutan syarikat kereta Renault menarik diri dari Formula Satu dan penglibatan Lotus yang meningkat, mereka menukarkan nama mereka ke Lotus F1 Team bagi musim 2012. Pasukan tersebut terus menggunakan enjin yang dibekalkan oleh Renault melalui perusahaan Renault Sport F1 di Viry-Châtillon, berhampiran Paris.

  1. ^ Benson, Andrew (16 Disember 2009). "Renault akan terus berlumba dalam Formula 1 selepas menjual pasukan mereka". BBC Sport. BBC. Dicapai pada 16 Disember 2009.
  2. ^ "Renault F1 akan dinamakan semula sebagai Lotus Renault GP pada tahun 2011". BBC Sport. BBC. 8 Disember 2010. Dicapai pada 8 Disember 2010.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy